Keahlian MAJLIS terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun, atau, secara profesional berminat dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan Bahasa Jepun. Ia juga terbuka kepada rakyat Malaysia yang tidak terlibat secara langsung dalam pengajaran atau penyelidikan Bahasa Jepun, tetapi berminat untuk menyertai aktiviti bahasa dan budaya Jepun anjuran MAJLIS. Penduduk tetap dan warga negara asing yang berminat untuk menyertai MAJLIS juga dialukan menjadi ahli bersekutu. Permohonan menjadi ahli MAJLIS boleh dibuat melalui laman sesawang MAJLIS. Terdapat tiga kategori keahlian.
Keahlian menjadi aktif selepas bayaran disahkan dan permohonan diluluskan oleh pentadbir yang diberi kuasa. Resit dan sijil dikeluarkan melalui proses kelulusan tersebut.
01
Ahli Biasa
Yuran pendaftaran ialah — sekali sahaja dan yuran tahunan ialah — setahun.
Setiap ahli akan menerima resit pembayaran dan Sijil Keahlian setelah proses pembayaran yuran dan kelulusan lengkap.
Setiap ahli yang telah berdaftar dibolehkan untuk menyertai aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan mengikut kapasiti dan keperluan.
Seseorang Ahli Biasa yang gagal membayar yuran untuk tiga tahun berturut-turut dianggap sudah mengundurkan keahliannya. Ahli akan diterima kembali ke dalam Persatuan apabila semua yuran yang tertunggak dijelaskan.
Pengunduran dari menjadi ahli biasa hendaklah disampaikan kepada Setiausaha dan yuran tidak akan dikembalikan.
Anggota-anggota biasa mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.
02
Ahli Seumur Hidup
Ahli Seumur Hidup akan dianugerahkan kepada pemohon dengan bayaran pendaftaran — sekali sahaja dan yuran tahunan — sekaligus kepada Bendahari persatuan.
Setiap ahli akan menerima resit pembayaran dan Sijil Keahlian setelah proses pembayaran yuran dan kelulusan lengkap.
Seseorang Ahli Seumur Hidup boleh mengundurkan keanggotaannya, tetapi yuran seumur hidupnya tidak akan dikembalikan kecuali dengan persetujuan MAJLIS.
Ahli Seumur Hidup mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.
03
Ahli Bersekutu
Terbuka kepada penduduk tetap dan warga negara asing yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
Yuran untuk Ahli Bersekutu adalah sama seperti ahli biasa iaitu yuran pendaftaran — sekali sahaja dan yuran tahunan — setahun.
Setiap ahli akan menerima resit pembayaran dan Sijil Keahlian setelah proses pembayaran yuran dan kelulusan lengkap.
Seseorang Ahli Bersekutu yang gagal membayar yuran untuk tiga tahun berturut-turut dianggap sudah mengundurkan keahliannya. Ahli akan diterima kembali ke dalam Persatuan apabila semua yuran yang tertunggak dijelaskan.
Pengunduran dari menjadi ahli bersekutu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dan yuran tidak akan dikembalikan.
Anggota-anggota bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan tidak layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.
Jika terdapat perubahan maklumat, ahli diminta mengemas kini dengan mengisi semula borang pendaftaran ahli untuk rekod dan rujukan Persatuan.
Semak Status Permohonan
Simpan rujukan ini untuk menyemak status permohonan anda.